Cerita Seram : Uri
Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika
berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja
bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri
bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat
ditanam pada hari ia diwa balik dari hospital kerana hari sudah senja.
Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu
dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru
hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan. Jam
didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain
dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan
malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya
perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari
makanan.
Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila
ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara. Mimpikah aku? Tak kan
ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami
ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap
dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah
botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir
dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang
lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al
Quran.
Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku
kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku
terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar
dinding ruangan tamu. Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar
kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah
diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak
itu tudak boleh masuk.
Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat
Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.
Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok
pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya.
Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan
bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti. Mujur ayahku telah
membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu
mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.

0 comments: