Cerita Seram : Depan Pintu



Dari kecik I nie sering nampak2. Tu pasal lah nyai I cakap time I kecik2 dulu asyik sakit jer. Paling latest I ternampak secara vivid bila nak gi rumah parents I. Rumah parents I point block kat Mei Ling Street....lift kat sebelah pintu jer. Lift sekarang kan ada glass kat pintu jadi bleh tengok keluar. Prents I tinggal di tingkat 14. Bila lift tu sampai jer, I nampak ada perempuan pakai baju hitam berdiri depan pintu, separuh badan kebawah diselindungi potted plants yang disimpan ayah I sebagai hobi. Muka tak nampak pasal badan dia berpaling senget ke arah pintu. 

I ingatkan my sister pasal earlier bila I call she takde rumah. So I tot dia sampai rumah sama timing dengan I. I punya orang suka kacau adik beradik so I dah bersedia nak sergah ler.....Pintu bukak jer, dah takde...so I tot cepatnya dia masuk rumah. Bila I keluar lift, pintu rumah parents I tertutup....tak dengar pun pintu tutup tadi. Pada pendapat I macam sekelip mata gitu. So I ketuk ler pintu bertalu-talu. Adik I yang bongsu tengok I terpinga-pinga so tanya kenapa. I tanya balik if my other sis dah balik. Dia kata 'dah dari tadi'.

Ler.......I pun story kat my family what I saw. My brother kata mungkin my shadow from the lift glass. At first I tot maybe jugak pasal I pun pakai baju hitam. Tapi bila ingat balik yang orang berdiri tu rambut dia lepas bahu. I pun lepas bahu tapi I ikat rambut I hari tu. And baju I hitam ada bunga2. Yang I nampak hitam semua. I pun tak tau apasal I tot it was my sister pasal rambut dia pendek. Pelik! Sapa ya yang berdiri kat pintu tu?

0 comments:

Cerita Seram : Uri


Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia diwa balik dari hospital kerana hari sudah senja.

Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan. Jam didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan.

Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu. Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk.

Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap. Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya.

Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.


0 comments:

Cerita Seram : Kisah Langsuyir



Kisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sgt banyak port utk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar2 cerita tempat yg nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tgk rancak, hantu setan tolak tepi dulu... hehehe

Nak di jadikan cerita, dalam ramai2 tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai2 mengutuk budak yg tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yg tak jadi pergi tu.. hehehe...

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta mmg tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb... hehehe...

Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yg berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yg dah peram 2-3 hari, dia punya bau... wow, hehehe... tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe...kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai,

Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot..

tiba tiba.. jeng jeng jeng.....

plop ..!!! plopp...!!!

Bunyi air dilempar batu2 kecil. Mula2 kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul2, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai...

Pada mulanya, semua orang pakat2 buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi... yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dgn tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dgn batu. power betul orang yang baling tu.

dan kami mulanya ingatkan orang yg baling batu itu adalah kawan kami yg tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap2 dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada.
Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yg baling batu tu. hehehe... Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk.Baru je letak punggung kat atas tanah,

Bedebab..!!!!

seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul2 dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul2 di tepi tebing. aku pulak time tu dah tgk kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari... tu yg terpacak je semua tu.. hahaha....

Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan... elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan..terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.... masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin mmg kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang...


Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yg kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor2 kelam kabut nak naik dulu... hahahaha... dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yg ikan lampam tertinggal... hahaha... sorang pun tak berani nak patah balik amek...

0 comments: